Review Novel Maaf

 Untuk entri kali ni saya taknak cakap panjang lebar. Sedikit sahaja sebab novel ni pun pendek.


Ini novelnya. Nampak ringkas, kan? Saya baca malam semalam. 

Pada mulanya ingatkan novel kisah yang biasa cuma terselit sedikit ton islamik dalam penulisan tapi memang dari atas ke bawah, mula ke akhir, segala-galanya penuh dengan pengajaran bermakna.

Mengisahkan tentang Ainul Mardhiyah yang sangat taat kepada ibubapa dan agama bertemu seorang budak lelaki yang seangkatan dengan sifatnya. Keperibadian mulia yang ditonjolkan oleh kedua-dua watak memang buat saya terasa sedikit malu.

Kisah ni mengajar saya sedar bahawa nikmat itu ada sekiranya kita yakin dan berusaha. Sambil baca, secara tak sedar hati mula terusik dan mata sudahpun banjir. Saya menangis bukan kerana sedih, tetapi kerana saya sebak menilai diri sendiri yang tidak seberapa ni. Betapa besarnya kasih Tuhan kepada hambaNya yang tersayang. Memang benar janji Tuhan, sekiranya sudah ditakdirkan jodoh bersama, pasti akan bertemu jua.

Overall, memang kena baca. Recommended sangat-sangat.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel Bidadari Buat Luqman