Review Novel Bidadari Buat Luqman
Hai. Kembalinya saya untuk menulis lagi review buku yang saya baca. Buku kali ni memang lain daripada kebiasaan. Kali ni first time saya baca novel cinta biasa setelah bertahun tak sentuh genre ni sebab kurang minat.
Dua tiga minggu ni asyik sibuk melayan kisah romantik. Desperate sangat ke nak jumpa jodoh ni? Hahahaha.
Nilah buku dia. Novel kali ni saya baca version ebook. Memang hari ni saya jumpa, hari ni jugak saya habis baca.
Sejujurnya memang saya cakap saya tak minat novel cinta. Too many cliche stories sebab tu saya give up. Tapi saya scroll jugak dalam app PNM tu cari mana yang berkenan. Tup tup jumpa yang ni. Masa baca sinopsis tak tertarik lagi, so saya search goodreads nak tengok review macam mana. Top comment sebut je kisah ni tentang golongan marhaen terus jari tekan butang pinjam. Syukur, memang tak menyesal baca.
Kisah ni berkisarkan kehidupan seorang lelaki kampung bernama Luqman yang dah lama membujang. Dia ada musuh sejak zaman sekolah bernama Ain. Memang dibenci si minah Ain ni. Sungguhpun begitu, Luqman bakal mengharungi kehidupan baru bersama Ain apabila dia dilamar oleh wanita itu. Haaaa menarik kan?
Buku ni tak tebal, tapi ambik masa dari siang ke malam untuk habiskan. Nampak benar kejujuran dalam menghayati setiap baris dan kata. Plot yang simple tapi menarik. Taklah berat atau complicated nak baca. Tapi boleh tahan sedih jugak. Bergenang air mata sebab sebak dengan situasi yang menimpa watak-watak tu. Dua tiga kali tumpah air mata ke pipi. Huhuhu. Penyampaian kisah yang berjaya mengusik hati saya yang memang tak seberapa nak kental ni ewahh.
Gaya penulisan pun best. Bila baca tu rasa seronok je. Macam saya pulak yang bercinta. Tapi yang paling dahsyat, daripada page pertama sampai page akhir, muka saya langsung tak berhenti tersenyum. Asyik senyum je memanjang. Sampaikan kadang-kadang tu senyum lama sangat so kena tampar muka sendiri.
Saya suka sangat setting di kampung. Saya tak pernah duduk di kampung, and saya pun bosan bila cerita romantik yang balik-balik anak Dato' Datin yang mewarisi harta yang melimpah cukup tujuh keturunan. Jadi bila setting di kampung ni, tambah pulak watak-watak yang merupakan orang biasa je, lagilah saya suka nak baca. Nama watak pun simple je, takdelah nama yang complex macam Raykarl Shah Qusyairi ataupun Putri Nur Sophia Adelliana. Cukuplah sepatah dua sahaja. Luqman dan Ain. Senang nak ingat.
Watak Luqman yang peyayang tu memang buat saya rasa macam nak kahwin jugak. Sambil baca tu berdoa semoga dapat jodoh yang baik macam watak Luqman ni hehehe. Luqman ni average tapi still handsome dan manis. Satu kampung kenal dia sebab dia ni peramah dan rajin bantu orang kampung. Lepas kahwin dengan Ain pun dia tak lokek cari rezeki tak kira apa jua bentuk kerja. Dia jenis sedar diri yang dia tu tak mewah tapi masih nak bahagiakan Ain walaupun Ain tak meminta banyak. Limited edition tau lelaki macam Luqman ni.
Watak Ain pulak sopan lagikan lemah gemalai. Saya bayangkan muka dia yang putih molek tu tersenyum comel. Memang cantik orangnya. Ain ni janda, bercerai kerana kisah gelap yang dia sendiri taknak ungkit. Sifat dia yang berbudi pekerti dan setia dapat pikat hati Luqman. Ain ni pun memang sukakan Luqman, jadi saya tumpang bahagia bila dia bahagia.
Nak cerita lebih-lebih boleh je tapi nanti spoilers. Cukupla sekadar saya cakap yang ada sedikit surprise diakhir cerita. Kalau boleh saya memang nak blog ni cuma kasi review yang spoil sikit-sikit je. Bukan analyse segala benda. So kalau nak tau lagi kenalah baca sendiri. Boleh pinjam di app PNM e-reader.
Alright. Itu je luahan kali ni.
Bye!

Comments
Post a Comment