Posts

Showing posts from May, 2022

Review Novel Maaf

Image
 Untuk entri kali ni saya taknak cakap panjang lebar. Sedikit sahaja sebab novel ni pun pendek. Ini novelnya. Nampak ringkas, kan? Saya baca malam semalam.  Pada mulanya ingatkan novel kisah yang biasa cuma terselit sedikit ton islamik dalam penulisan tapi memang dari atas ke bawah, mula ke akhir, segala-galanya penuh dengan pengajaran bermakna. Mengisahkan tentang Ainul Mardhiyah yang sangat taat kepada ibubapa dan agama bertemu seorang budak lelaki yang seangkatan dengan sifatnya. Keperibadian mulia yang ditonjolkan oleh kedua-dua watak memang buat saya terasa sedikit malu. Kisah ni mengajar saya sedar bahawa nikmat itu ada sekiranya kita yakin dan berusaha. Sambil baca, secara tak sedar hati mula terusik dan mata sudahpun banjir. Saya menangis bukan kerana sedih, tetapi kerana saya sebak menilai diri sendiri yang tidak seberapa ni. Betapa besarnya kasih Tuhan kepada hambaNya yang tersayang. Memang benar janji Tuhan, sekiranya sudah ditakdirkan jodoh bersama, pasti akan bert...

Review Novel Bidadari Buat Luqman

Image
 Hai. Kembalinya saya untuk menulis lagi review buku yang saya baca. Buku kali ni memang lain daripada kebiasaan. Kali ni first time saya baca novel cinta biasa setelah bertahun tak sentuh genre ni sebab kurang minat. Dua tiga minggu ni asyik sibuk melayan kisah romantik. Desperate sangat ke nak jumpa jodoh ni? Hahahaha. Nilah buku dia. Novel kali ni saya baca version ebook. Memang hari ni saya jumpa, hari ni jugak saya habis baca. Sejujurnya memang saya cakap saya tak minat novel cinta. Too many cliche stories sebab tu saya give up. Tapi saya scroll jugak dalam app PNM tu cari mana yang berkenan. Tup tup jumpa yang ni. Masa baca sinopsis tak tertarik lagi, so saya search goodreads nak tengok review macam mana. Top comment sebut je kisah ni tentang golongan marhaen terus jari tekan butang pinjam. Syukur, memang tak menyesal baca. Kisah ni berkisarkan kehidupan seorang lelaki kampung bernama Luqman yang dah lama membujang. Dia ada musuh sejak zaman sekolah bernama Ain. Memang dibenc...